PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket

Wednesday, March 23, 2011

Apa itu VCO?

Apa itu VCO?

VCO ialah Virgin Coconut Oil iaitu minyak kelapa dara.
Minyak kelapa dara adalah minyak kelapa yg diproses tanpa penggunaan haba atau kimia di mana struktur asal dalamnya dapat dikekalkan seasli-aslinya. Pakar-pakar merumuskan bahawa suatu kandungan yang terdapat dalam kelapa yang dipanggil lemak tepu dapat memberi pelbagai kesan positif ke atas kesihatan manusia, sebab itulah penduduk kepulauan pasifik begitu sihat dan mempunyai kadar berat badan dan ketinggian yang baik. Mereka juga didapati tidak mengalami sebarang penyakit kronik sperti jantung dan kanser.

VCO ni boleh diambil melalui 2 cara iaitu makan atau sapu.
kalau anda mengalami masalah jerawat dan parut pada kulit muka, boleh sapu minyak kelapa dara ni dengan mencucuk jarum yang tajam pada kapsul vco dan sapu seperti biasa di muka. kalau nak makan pun boleh jugak. ia akan membantu proses penyahtoksikan dalam badan.

Kebaikan dan khasiat VCO ?

Untuk kecantikan luaran, VCO sangat berkesan untuk
  • membantu mengurangkan berat badan dengan meningkatkan angka metabolik.
  • menghasilkan tenaga segera
  • jika disapu, ia membantu mengurangkan infeksi (kuman pada sesuatu penyakit) dan mencegah garis-garis halus
  • mencantik, menghaluskan dan menganjalkan kulit muka dan seluruh badan
  • menghilangkan jerawat, jeragat dan parut pada kulit muka dan seluruh badan.
  • kulit muka tidak akan berminyak lagi
  • lenguh-lenguh dan sakit seluruh badan dapat dihilangkan.
  • anda akan kelihatan lebih bertenaga dan bersemangat walaupun seharian bekerja
Untuk kesihatan dalaman, VCO amat baik untuk
  • meningkatkan daya tahan fizikal dan mental
  • melindungi tubuh daripada risiko kanser, penyakit jantung, tekanan darah tinggi, penyakit ginjal (buah pinggang), hati dan lain-lain penyakit
  • gigi yang kuat dan melindungi serangan osteoporosis (ketimbulan tulang, biasanya orang tua)
  • memperbaiki kandungan asid dalam rahim dan bertindak sebagai agen pelincir (wanita)
  • mengatasi masalah monopos (wanita)
  • mencegah dan membunuh virus keputihan, serta mengurangkan senggugut (wanita)
  • menambahkan tenaga dalaman lelaki dan wanita (kelamin)
  • membantu sistem penghadaman dan pencernaan
  • membantu penyerapan vitamin-vitamin dan asid amino
  • membantu kesuburan wanita (hamil)
untuk pengetahuan anda, VCO boleh diambil oleh semua jantina. sama ada lelaki atau perempuan.


*SILA MOHON KEBENARAN UNTUK COPY* PLEASE CREDIT TO http://zatiecatalyst.blogspot.com

5 comments:

zalizalu said... BALAS

berapa lama agak2 perlu ambil untuk dapatkan kesan tu?

Ezzattie said... BALAS

dalam masa seminggu dah nmpak kesan dia. bergantung pada kulit muka la.

amalin_mohamed said... BALAS
This comment has been removed by the author.
myimperfectlife said... BALAS

sis zatie...nk mnx copy this entry..nice info..da sbulan alya gne..alhmdulillah da nmpk kesan jrawat kurang ;D tenz <3

Unknown said... BALAS

salam sis...sy nk copy paste info ni...nice~